19 Jun 2010

AIR SEMBAHYANG

1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya 
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 
Penjelasan nombor 1 : 
Kita hari-hari bercakap 
benda-benda yang tak berfaedah. 


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu 
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat 
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 
Penjelasan nombor 2 : 
Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab 
ku ditangan kanan ku ini". 
Penjelasan nombor 3 : 
Ahli syurga diberikan hisab- 
hisabnya di tangan kanan . 


4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu 
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- 
hisab ku di tangan kiri ku ini". 
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- 
hisabnya di tangan kiri . 


5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu 
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik 
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". 
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar 
macam matahari sejengkal di atas kepala. 


6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu 
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang 
mengumpat, memfitnah dll. 


7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu 
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi 
titian Siratul Mustaqqim". 
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian 
dengan pantas sekali.. 


8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu 
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke 
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- 
tempat maksiat" 
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di 
tangan Allah. 



Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islammempunyai hikmah nya yang tersendiri . Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.. 


p/s -> Kirimkan pesanan ini dan sebarkan ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah..

4 ulasan:

KFunC berkata...

Terima kasih sebab mengingatkan tentang hikmah dan kongsi ilmu ni..semoga ianya di amalkan dan d manfaatkan dgn sebaiknya.

aku gadis biasa berkata...

Mn yg baik,amalkn...
Share mn2 info yg leh dgunakn n d amalkn...
:)

~ N i n i 3 ~ berkata...

thnx yana,,info yg sgt² bguna,,

aku gadis biasa berkata...

tq ninie...
:)