Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Wah, lama nya aku tak jenguk blog ni. Since aku sibuk dengan
jadual sebagai pelajar sepenuh masa sehingga lah bertukar status sebagai
penganggur sepenuh masa sejak 2 minggu yang sudah. Alahai… Ye, aku lah
pengganggur yang berjaya di abad ini. Hewhewhew… (bukan keluhan, nyanyian pilu
sebenarnya)
Back on track. Sebenarnya banyak tragedi yang berlaku
sepanjang tempoh itu. Banyak perkara yang terkesan di hati. Banyak benda yang
aku perap buat pekasam. Lagi masam lagi sedap. Lagi busuk lagi membuka selera
katanya. Begitu jugaklah putaran hidup yang berlaku. Banyak yang aku nak
cerita, bagi aku masa tuk selak sehelai demi sehelai lembaran hidup aku yang
berliku ini ye. Hewhewhew… (bukan keluhan, nyanyian ngilu sebenarnya)
Teringat pepatah orang makan keju (made in US katenye) – “Life is
simple, it’s just not easy”… Sila tunggu entri terbaru bagi mengetahui kisah
nya yaaa…
*Hint untuk next entri adalah seperti gambar di atas. Sekian*
1 ulasan:
ya ! I wish i'd never grown up too.
Catat Ulasan