26 Disember 2015

PRODUCT REVIEWS : WHAT SHOULD I BUY FROM LUSH? #PART1

Sebenarnya agak susah untuk aku mencari produk yang benar-benar serasi dengan kulit aku sekarang, faktor usia dan hormon (mungkin). Sejak menginjak ke angka 30-an, kulit kepala dan muka menjadi sangat sensitif. 






Sehinggalah aku jatuh cinta pandang pertama dengan rangkaian produk ini. Antara kelebihannya adalah :

1- diperbuat daripada bahan organik (buah-buahan, sayur-sayuran, pati minyak dan bahan sintetik yang selamat)
2- tidak diuji sama sekali ke atas haiwan (fighting animal testing)
3- diperbuat secara handmade (setiap botol akan diletakkan sticker yang tertera nama pembuatnya, ekslusif bukan!)
4- enviromental friendly (packaging-nya hanyalah kertas yang boleh dikitar semula, dan bahannya yang mudah dilupuskan)


Feeling diva sangat kan sebab barang fresh dari ladang tau! Keharumannya di skala awang-awangan gituww!


Ok, let's jump ahead for it!



Soak and Float Shampoo Bar
First time masa aku dapat parcel, terus terkedu kejap. Sebab apa? Sebab memang betullah review yang aku baca sebelum ni. Nak tau kenapa? Bau dia tu memang menusuk ke kalbu! Macam bau asap kau pergi camping tu! Bau macam habuk dari arang pun ada jugak. Sampaikan suami aku tanye "Baru balik dari camping ke ni...?" Kau rasa? Sejujurnya, mula-mula je kau akan rasa macam tu. Lama-lama bila hidung kau dah immune memang jadi suka. Ke aku je rasa macam tu? *blushing

Kadang-kadang ada hari yang aku rasa macam nak mintak digaru je kepala especially hari yang pack dengan meeting dan segala mak nenek nya tu. Rasa macam merenyam nak digaru. So balik kerja memang aku suka manjakan diri dengan menggosok shampoo bar ni sesambil nyanyi lagu 'angin bayu membawa diriku, sepintas lalu... - Feminin'. Lepas bilas rambut, kau rasa macam ringan dan selesa tanpa kegatalan dan keringkan rambut dengan sempurna sebelum menyapu conditioner pula sebab rambut akan jadi kesat sedikit especially bagi rambut yang halus macam aku ni. Disarankan untuk digandingkan bersama Roots Hair Treatment (sensasi nyaman) & American Cream Conditioner (harum semerbak yang kekal lama ok! suami pun suka), kau akan faham kenapa bila kau dah gunakannya *trust me!

*** KLIK SINI UNTUK LEBIH DETAIL ***


Roots Hair Treatment 
Segalanya bermula dari akar yang utuh. Macam tu jugak rambut, rambut kan mahkota para wanita. Tak semestinya bila kau bertudung kau perlu lupakan rutin penjagaan rambut dengan alasan "siapa nak tengok rambut aku?". Sigghhh... Beringat sebelum terlambat. Sampai satu masa nanti bila rambut kau lesu tak bermaya baru kau tau erti mahkota tu! *tepuk dahi

Aku akan gunakan Roots ni boleh dikatakan seminggu hampir 3 kali dan perlu digunakan sebelum kau basahkan rambut ye, dalam erti kata lain sebelum kau mandi. Sebab sensasi nyaman tu yang buat aku sangat tergoda. Sesuai untuk kulit kepala yang gatal dan rambut yang melepek tidak bermaya. Ramuan peppermint & spearmint minty oil ni betul-betul buat kau rasa macam ada ais atas kepala! Sejuk... Nyaman... Segar... (itu ayat yang tepat untuk menggambarkan perasaan itu). Lagi best kalau ada tangan lain yang tolong lumurkan dan urutkan kepala kau dalam 1-3 minit sambil kau berbisik 'jika dunia, aku yang punya, akan kuhiaskan... - Farra'. Lega dan ringan kepala *kemam mulut sambil mata terpejam sesaat dua

*** KLIK SINI UNTUK LEBIH DETAIL ***


American Cream Hair Conditioner
Jangan dilupakan conditioner setelah rambut kau berbilas rapi, bersih, dan sihat ok! Tujuannya adalah untuk rambut lebih lembut, mudah digayakan, rapi terletak, bau wangi yang menawan sanubari encik suami (ehem-ehem... suami selalu puji sebab memang bau dia paling win so far).

Yang aku perasan, ada bau macam strawberry milkshake yang lemak berkrim, bau limau yang menyegarkan, lavender yang sangat menenangkan dan vanilla yang vavavoom! Kebiasaannya, aku akan biarkan selama lebih kurang 5 minit sebelum dibilas sambil memainkan lagu 'jika engkau minta intan permata, tak mungkin ku mampu... Yuna'.
Tips : Gunakanlah untuk memikat hati suami ok, memang melekat! *ambil kain tutup muka, maluuuu

*** KLIK SINI UNTUK LEBIH DETAIL ***


Info Tambahan :
1- Tahan lama (aku gunakan hampir 10 bulan sejak dibeli pada Februari lalu hingga sekarang dan bergantung pada penggunaan individu ya)
2- Tak perlu kuantiti yang banyak (rujuk video ini : Soak & Float Shampoo Bar / Roots Hair Treatment / American Cream Hair Conditioner)

Untuk produk ini memang agak mahal harganya, plus aku pun tergoda dengan LUSH Japan punye promotion masa tu dan tanpa lengah terus aku kirim pada personal shopper yang menetap di sana. Tapi hasilnya tak pernah menghampakan berbanding jenama lain yang pernah aku gunakan so far. Bergantung pada individu, tepuk dada tanya selera. Nantikan product reviews yang seterusnya ok. Terus rasa macam nak mandi lagi! *nikmat

5 ulasan:

Aqilah Azmi berkata...

bestnyaaaaaaa

Opah Vogue berkata...

Best lah jugak nyanyi je kejenya sambil berangan diva! Hahahaha

Syamsid Dhuha berkata...

I should try this thing , It looks promising !! :D

- Syamsid Blog -
.

Raihanah Ahmad berkata...

bagus nampaknya produk ni, thnks ya

Opah Vogue berkata...

Syamsid - Yeah you should! Have fun... :)
Raihanah - The best setakat ni! Mahal tapi InsyaAllah berbaloi... :)