12 Februari 2016

BUNGA VS. BATU

Dua entiti yang berbeza. Secara kasarnya memang sangat berbeza. Itulah perumpamaan yang paling buat aku kagum hingga kini. Mudahnya begini, orang baling engkau dengan batu dan engkau membalasnya dengan balingan bunga yang cantik dan wangi. 

Kerapnya balingan batu itu, kerap jugalah engkau membalas balingan bunga itu. Hati mana yang tak remuk teruk bila diperlakukan sebegitu? Aku manusia, bukan malaikat. Aku ada perasaan, bukan boneka kayu. 

Maka, kuatlah aku rentap dan pujuk sendiri hati yang remuk supaya terus kekal dengan momentum sebegitu dan memperlihatkan tindak balas yang positif sahaja. Aku bukan mengalah, tapi aku sedang bangkit melawannya. 


Teringat pesanan seseorang, "janganlah menjejaki kebodohan tindakan si perilaku namun berusahalah supaya si bodoh itu ranap mindanya"


2 Januari 2016

KISAH TRAGIS #PART2

Entri kali ni agak sensitif sikit aku rasa. Sebab kali ni aku nak kupas isu pelajar. Ye pelajar remaja yang telah dewasa yang kian menjadi lebih negatif berbanding kita yang dewasa. Aku maha pelik, selalu aku fikirkan kenapa - mengapa - bagaimana? Dari bacaan aku, tak perlu aku fikirkan masalah, yang perlu aku risaukan adalah bagaimana untuk mengubahnya. Aku tahu, ramai pembaca blog aku adalah remaja. Ini bukan untuk menyentapkan kau, tapi ini hanya perangai segelintir warga remaja (mungkin).


Mari lah aku mulakan kupasan isu ini (yang mungkin jadi bahan ilmiah untuk aku bentangkan di dalam conference, mungkin). Hahahaha. Points di bawah adalah berdasarkan penelitian aku sahaja ya. 





1- Remaja dan ponteng memang berpisah tiada
Aku pelik, kenapa perlu ponteng kalau kau cirit birit? Lebih mudah kalau kau ke klinik kesihatan yang hanya perlu dibayar RM1 dan dapatkan slip MC sahaja, semudah ABC bukan caranya? Bukan itu point aku, yang aku paling pantang adalah suka menegakkan benang yang basah. Bila ditanya, jawapan acuh tak acuh. Bila disoal, dikatakan aku zalim sebab alasan cirit birit tidak boleh digantikan dengan bercuti dengan kebenaran. Bila aku hujah mengenai ketidakhadiran boleh menyebabkan dia digantung periksa, habis aku dikecam itu dan ini. Salah ke aku bertanya dan menjalankan tanggungjawab seperti yang telah tertulis? Positifnya aku, mungkin mereka masih berdarah muda dan panas dan masih ada otak yang belum masak ranum. Sighhhhhh... 

2- Penampilan diri yang kemas dan beretika kian diketepikan
Bukan aku marah kau nak bergaya K-Pop dan sebagainya, tetapi dalam garis panduan telah termaktub bahawa ia adalah salah sama sekali. Siapa aku untuk menidakkan peraturan yang menjadi amanah aku untuk menegur kesalahan itu? Untuk diam membatu, bukan aku. Poster dah berdozen ditampal di papan kenyataan. Budaya membaca dikalangan anak muda zaman sekarang semakin tipis! Dan masih sama, aku akan dipersalahkan sebab tidak membenarkan mereka berdandan berlebihan. Untuk kes ini, kecaman nya maha hebat. Hingga kemurungan selama 3 hari aku dirumah memikirkan, adakah ini semua salah aku untuk menegur dan mengambil tindakan? Aku berada di landasan yang betul bro, lu salah bro! (antara kesalahan di dalam kategori penampilan diri adalah : berpakaian singkat, berpakaian ketat, berseluar singkat, rambut melebihi kening, rambut tebal di bahagian tengah, bertudung tetapi jarang, berselipar, tidak memaparkan kad pelajar, tidak tuck in shirt bagi lelaki, etc) Pfffttttt....

3- Tiada adab dan teguran perlu dibuat berjuta kali
Kadang aku rasa kasihan, kasihan dengan mentaliti anak muda kini. Adab dan mereka sangat tidak akrab. Kadang mereka menganggap pendidik mereka adalah kawan yang boleh mereka hoi-hoi kan setiap hari dan tempat melepaskan amarah ketika mood mereka sedang kurang stabil. Hahahaha... jarang terkena pada aku. Sebab apa? Nanti aku ceritakan kemudian ok! (kalau teringatlah ya). Susah untuk menghormati orang yang lebih tua dari kau? Susah untuk kau hadam semua teguran hingga kau acapkali memberikan alasan terlupa? Dan dengan bangga kau sebarkan kepada semua, kau maha hebat! Ermmmm...




Cukuplah 3 points tu untuk kau nilai. Bergunung lagi sebenarnya, biarlah aku simpan selebihnya untuk aku hadam sendiri. Aku sedih dengan keadaan sebegini. Dimana nilai jati diri sebenar anak muda zaman sekarang? Kenapa aku yang lahir tahun 80an boleh survive dengan semua ini, dan kau rasa goyah bila bersemuka dengan ini semua?

Sedih! Mungkin kau lupa, keberkatan ilmu yang diberikan oleh pendidikmu adalah bergantung kepadanya. Mungkin kau lupa, doa pendidikmu ini mudah untuk diangkat. Kau menzalimi pendidikmu, tidak mustahil suatu hari nanti kau juga akan dizalimi sebegitu oleh pewarismu.


Renungkanlah.

26 Disember 2015

PRODUCT REVIEWS : WHAT SHOULD I BUY FROM LUSH? #PART1

Sebenarnya agak susah untuk aku mencari produk yang benar-benar serasi dengan kulit aku sekarang, faktor usia dan hormon (mungkin). Sejak menginjak ke angka 30-an, kulit kepala dan muka menjadi sangat sensitif. 






Sehinggalah aku jatuh cinta pandang pertama dengan rangkaian produk ini. Antara kelebihannya adalah :

1- diperbuat daripada bahan organik (buah-buahan, sayur-sayuran, pati minyak dan bahan sintetik yang selamat)
2- tidak diuji sama sekali ke atas haiwan (fighting animal testing)
3- diperbuat secara handmade (setiap botol akan diletakkan sticker yang tertera nama pembuatnya, ekslusif bukan!)
4- enviromental friendly (packaging-nya hanyalah kertas yang boleh dikitar semula, dan bahannya yang mudah dilupuskan)


Feeling diva sangat kan sebab barang fresh dari ladang tau! Keharumannya di skala awang-awangan gituww!


Ok, let's jump ahead for it!



Soak and Float Shampoo Bar
First time masa aku dapat parcel, terus terkedu kejap. Sebab apa? Sebab memang betullah review yang aku baca sebelum ni. Nak tau kenapa? Bau dia tu memang menusuk ke kalbu! Macam bau asap kau pergi camping tu! Bau macam habuk dari arang pun ada jugak. Sampaikan suami aku tanye "Baru balik dari camping ke ni...?" Kau rasa? Sejujurnya, mula-mula je kau akan rasa macam tu. Lama-lama bila hidung kau dah immune memang jadi suka. Ke aku je rasa macam tu? *blushing

Kadang-kadang ada hari yang aku rasa macam nak mintak digaru je kepala especially hari yang pack dengan meeting dan segala mak nenek nya tu. Rasa macam merenyam nak digaru. So balik kerja memang aku suka manjakan diri dengan menggosok shampoo bar ni sesambil nyanyi lagu 'angin bayu membawa diriku, sepintas lalu... - Feminin'. Lepas bilas rambut, kau rasa macam ringan dan selesa tanpa kegatalan dan keringkan rambut dengan sempurna sebelum menyapu conditioner pula sebab rambut akan jadi kesat sedikit especially bagi rambut yang halus macam aku ni. Disarankan untuk digandingkan bersama Roots Hair Treatment (sensasi nyaman) & American Cream Conditioner (harum semerbak yang kekal lama ok! suami pun suka), kau akan faham kenapa bila kau dah gunakannya *trust me!

*** KLIK SINI UNTUK LEBIH DETAIL ***


Roots Hair Treatment 
Segalanya bermula dari akar yang utuh. Macam tu jugak rambut, rambut kan mahkota para wanita. Tak semestinya bila kau bertudung kau perlu lupakan rutin penjagaan rambut dengan alasan "siapa nak tengok rambut aku?". Sigghhh... Beringat sebelum terlambat. Sampai satu masa nanti bila rambut kau lesu tak bermaya baru kau tau erti mahkota tu! *tepuk dahi

Aku akan gunakan Roots ni boleh dikatakan seminggu hampir 3 kali dan perlu digunakan sebelum kau basahkan rambut ye, dalam erti kata lain sebelum kau mandi. Sebab sensasi nyaman tu yang buat aku sangat tergoda. Sesuai untuk kulit kepala yang gatal dan rambut yang melepek tidak bermaya. Ramuan peppermint & spearmint minty oil ni betul-betul buat kau rasa macam ada ais atas kepala! Sejuk... Nyaman... Segar... (itu ayat yang tepat untuk menggambarkan perasaan itu). Lagi best kalau ada tangan lain yang tolong lumurkan dan urutkan kepala kau dalam 1-3 minit sambil kau berbisik 'jika dunia, aku yang punya, akan kuhiaskan... - Farra'. Lega dan ringan kepala *kemam mulut sambil mata terpejam sesaat dua

*** KLIK SINI UNTUK LEBIH DETAIL ***


American Cream Hair Conditioner
Jangan dilupakan conditioner setelah rambut kau berbilas rapi, bersih, dan sihat ok! Tujuannya adalah untuk rambut lebih lembut, mudah digayakan, rapi terletak, bau wangi yang menawan sanubari encik suami (ehem-ehem... suami selalu puji sebab memang bau dia paling win so far).

Yang aku perasan, ada bau macam strawberry milkshake yang lemak berkrim, bau limau yang menyegarkan, lavender yang sangat menenangkan dan vanilla yang vavavoom! Kebiasaannya, aku akan biarkan selama lebih kurang 5 minit sebelum dibilas sambil memainkan lagu 'jika engkau minta intan permata, tak mungkin ku mampu... Yuna'.
Tips : Gunakanlah untuk memikat hati suami ok, memang melekat! *ambil kain tutup muka, maluuuu

*** KLIK SINI UNTUK LEBIH DETAIL ***

25 Disember 2015

WORDLESS FRIDAY #1


Ada suatu masa kau akan rasa seperti kau mahu rebah berbaring. Bukan itu sahaja, kau juga akan rasa seperti ingin menangis semahunya. Kau juga mungkin akan rasa ingin diam seribu bahasa. Akan tiba masanya, atau mungkin sudah merasainya.

Pada ketika itu, yang kau mahu hanyalah orang yang kau sayang berada dekat dengan kau supaya dapat kau muntahkan semuanya untuk mereka pula hadam setelah jenuh kau tanggung. Untuk apa kita pilih jalan yang menyeksakan? Sampai bila kita harus pilih derita?

Selayaknya kau boleh pilih untuk bahagia. Tuhan maha tahu dan kau maha perlu berusaha. Bagi aku, ini dinamakan penyakit. Penyakit hati yang membawa mati. Pernah kau rasa dunia berputar dan kau pusing? Pernah kau rasa maha dahsyat denyutan di badan? Sudah tiba masanya untuk kau ubah itu semua. 

Tidak perlu lagi kau berpura-pura memakai senyuman untuk mengaburi mata mereka. Sudah cukup berjaya lakonan yang kau mainkan. Cukup dan cukuplah. Cuba satu ketika kau dongak ke langitNya - hirup udara semahunya - senyum dengan seikhlasnya. Pasti kau akan mengerti dan merasai apa yang aku rasa. Mudah bukan merasai bahagia? Indah bukan?

16 Disember 2015

SONG : LA VIE EN ROSE

Quand il me prend dans les bras
Il me parle tout bas
Je vois la vie en rose

"When he takes me in his arms
and speaks to me softly
I see the world through rose-colored glasses"







What is my favorite version of "La Vie En Rose" and who does it best? I am gradually hunting them all down. Don't know for sure why it means so much to me, but I can listen to this song a thousand times and not get tired.

SHY SHY CAT

Pernah tak kau rasa macam ni :

1- Nak dipegang tangan tak capai
2- Nak dipeluk hilang menggapai
3- Nak dikejar kaki tak sampai

Sebab apa? (Scroll ke bawah) *blushing*





































Speechless #Part1



 Speechless #Part2
Speechless #Part2



Terketap bibir masa scroll blog Si Elia tu (refer DI SINI). Bergelora serta bergetar tulang rusuk kanan aku! Sesungguhnya aku seorang yang pemalu, sungguh. Terima kasih Elia! *lari ke bucu katil sambil mengetap bibir*