12 Februari 2016

BUNGA VS. BATU

Dua entiti yang berbeza. Secara kasarnya memang sangat berbeza. Itulah perumpamaan yang paling buat aku kagum hingga kini. Mudahnya begini, orang baling engkau dengan batu dan engkau membalasnya dengan balingan bunga yang cantik dan wangi. 

Kerapnya balingan batu itu, kerap jugalah engkau membalas balingan bunga itu. Hati mana yang tak remuk teruk bila diperlakukan sebegitu? Aku manusia, bukan malaikat. Aku ada perasaan, bukan boneka kayu. 

Maka, kuatlah aku rentap dan pujuk sendiri hati yang remuk supaya terus kekal dengan momentum sebegitu dan memperlihatkan tindak balas yang positif sahaja. Aku bukan mengalah, tapi aku sedang bangkit melawannya. 


Teringat pesanan seseorang, "janganlah menjejaki kebodohan tindakan si perilaku namun berusahalah supaya si bodoh itu ranap mindanya"


1 ulasan: