2 Januari 2016

KISAH TRAGIS #PART2

Entri kali ni agak sensitif sikit aku rasa. Sebab kali ni aku nak kupas isu pelajar. Ye pelajar remaja yang telah dewasa yang kian menjadi lebih negatif berbanding kita yang dewasa. Aku maha pelik, selalu aku fikirkan kenapa - mengapa - bagaimana? Dari bacaan aku, tak perlu aku fikirkan masalah, yang perlu aku risaukan adalah bagaimana untuk mengubahnya. Aku tahu, ramai pembaca blog aku adalah remaja. Ini bukan untuk menyentapkan kau, tapi ini hanya perangai segelintir warga remaja (mungkin).


Mari lah aku mulakan kupasan isu ini (yang mungkin jadi bahan ilmiah untuk aku bentangkan di dalam conference, mungkin). Hahahaha. Points di bawah adalah berdasarkan penelitian aku sahaja ya. 





1- Remaja dan ponteng memang berpisah tiada
Aku pelik, kenapa perlu ponteng kalau kau cirit birit? Lebih mudah kalau kau ke klinik kesihatan yang hanya perlu dibayar RM1 dan dapatkan slip MC sahaja, semudah ABC bukan caranya? Bukan itu point aku, yang aku paling pantang adalah suka menegakkan benang yang basah. Bila ditanya, jawapan acuh tak acuh. Bila disoal, dikatakan aku zalim sebab alasan cirit birit tidak boleh digantikan dengan bercuti dengan kebenaran. Bila aku hujah mengenai ketidakhadiran boleh menyebabkan dia digantung periksa, habis aku dikecam itu dan ini. Salah ke aku bertanya dan menjalankan tanggungjawab seperti yang telah tertulis? Positifnya aku, mungkin mereka masih berdarah muda dan panas dan masih ada otak yang belum masak ranum. Sighhhhhh... 

2- Penampilan diri yang kemas dan beretika kian diketepikan
Bukan aku marah kau nak bergaya K-Pop dan sebagainya, tetapi dalam garis panduan telah termaktub bahawa ia adalah salah sama sekali. Siapa aku untuk menidakkan peraturan yang menjadi amanah aku untuk menegur kesalahan itu? Untuk diam membatu, bukan aku. Poster dah berdozen ditampal di papan kenyataan. Budaya membaca dikalangan anak muda zaman sekarang semakin tipis! Dan masih sama, aku akan dipersalahkan sebab tidak membenarkan mereka berdandan berlebihan. Untuk kes ini, kecaman nya maha hebat. Hingga kemurungan selama 3 hari aku dirumah memikirkan, adakah ini semua salah aku untuk menegur dan mengambil tindakan? Aku berada di landasan yang betul bro, lu salah bro! (antara kesalahan di dalam kategori penampilan diri adalah : berpakaian singkat, berpakaian ketat, berseluar singkat, rambut melebihi kening, rambut tebal di bahagian tengah, bertudung tetapi jarang, berselipar, tidak memaparkan kad pelajar, tidak tuck in shirt bagi lelaki, etc) Pfffttttt....

3- Tiada adab dan teguran perlu dibuat berjuta kali
Kadang aku rasa kasihan, kasihan dengan mentaliti anak muda kini. Adab dan mereka sangat tidak akrab. Kadang mereka menganggap pendidik mereka adalah kawan yang boleh mereka hoi-hoi kan setiap hari dan tempat melepaskan amarah ketika mood mereka sedang kurang stabil. Hahahaha... jarang terkena pada aku. Sebab apa? Nanti aku ceritakan kemudian ok! (kalau teringatlah ya). Susah untuk menghormati orang yang lebih tua dari kau? Susah untuk kau hadam semua teguran hingga kau acapkali memberikan alasan terlupa? Dan dengan bangga kau sebarkan kepada semua, kau maha hebat! Ermmmm...




Cukuplah 3 points tu untuk kau nilai. Bergunung lagi sebenarnya, biarlah aku simpan selebihnya untuk aku hadam sendiri. Aku sedih dengan keadaan sebegini. Dimana nilai jati diri sebenar anak muda zaman sekarang? Kenapa aku yang lahir tahun 80an boleh survive dengan semua ini, dan kau rasa goyah bila bersemuka dengan ini semua?

Sedih! Mungkin kau lupa, keberkatan ilmu yang diberikan oleh pendidikmu adalah bergantung kepadanya. Mungkin kau lupa, doa pendidikmu ini mudah untuk diangkat. Kau menzalimi pendidikmu, tidak mustahil suatu hari nanti kau juga akan dizalimi sebegitu oleh pewarismu.


Renungkanlah.

Tiada ulasan: