9 Oktober 2014

RESIPI GORENG PISANG PANAS RANGUP BERDEZUP

Kali ni entri pasal masak memasak pulak! Almaklum lah dah jadi isteri ni kenalah rajin ke dapur (rajin lah sgt kan...mihmihmih). Mesti korang pernah goreng pisang tapi hampa kan? Hampa sebab jadi lembik atau jadi keras sesangat.

Jangan bersedih. Jangan putus asa. Mudah aje caranya. Tak payah beli tepung segera tu semua. Semudah apa yang ada aje. Hanya perlukan tepung gandum aje! Tepung gandum aje ok! Hehehehhee... Aku bukan setakat pisang je, terung, keledek, dan segala benda yang boleh bersalut ala-ala tempura tu aku sebat! 

Selain dari tepung gandum, cukup hanya secubit garam, secubit gula (secukup rasa... boleh try calit kat tangan dan rasa) dan akhir sekali, perlukan minyak yang panas. Bergantung pada adunan tu tadi, jangan terlampau kental... jangan terlampau cair meleleh. Sekadar sedang-sedang antara cair dan kental. nak letak serbuk penaik sesudu kecil pun boleh. 

Masa nak goreng pun, pastikan minyak cukup panasnya tau. Jangan pulak masukkan pisang tu masa minyak suam-suam! Maka akan lembik lah jadinya. Nanti dah jadi, boleh lah senyum ye. Disebabkan musim cheese sedang melanda, boleh lah sagat cheese yang ada tu dan susu pekat sebagai pemanisnya. Tabur sikit chocolate rice tu! Bravo, boleh ngap terus! Mesti anak-anak dan suami-suami senyum sampai ke telinga dan sihat membulat. Mihmihmih...

Selamat mencuba tau!!

 Ehsan dari : Freemagz


Tiada ulasan: