26 September 2014

ERTI SEBUAH PERKAHWINAN

Qada' dan qadar.
Tiada siapa yang mengetahui perancanganNya yang maha agung.
Erti sebuah perkahwinan terlalu subjektif untuk aku secara peribadinya.

Siapa yang mahu impian yang dibina retak dan berderai bukan?
Siapa yang mahu hidup berdua ibarat seorang bukan?
Siapa yang mahu hidup hanya sepasang bukan?

Manusia terlalu zalim memfitnah itu dan ini.
Kisah dalam dan luar kain juga perlu dicanang mungkin untuk mempertahankan maruah?
Mulut manusia ibarat pisau yang menusuk setiap nafas.

Semakin ditusuk semakin layu.
Semakin diterjah semakin pedih.
Semakin dihurai semakin sakit.

Zuriat.
Aku lali menghadam segala spekulasi.
Malas nak buka bicara.

Kalau aku tahu bila, mungkin mudah aku menjawabnya.
Kalau aku tahu berapa. mungkin mudah aku tersenyum.
Kalau aku tahu segala, mungkin mudah bagi aku!

Ya Rabb.
Kuatkan lah hati hambamu ini. 
 
(Ehsan : Encik Google)

4 ulasan:

Faz.M berkata...

As-salam Yana, please don't be sad..Allah dah plan everything yg terbaik utk hidup kita..just keep trying and doa banyak2..takmo sedih2 ye..Inshaallah, sampai masa yg tepat hadirlah cahaya mata tu..belum sampai masanya tu..sama la mcm kita yg tengah menanti jodoh tu tiba..bersangka baik dgn Allah n ignore ape org nak kata..sabar ye..love you! Peace!! :)

Opah Vogue berkata...

TQ Ayeen... Really appreciate that... This is life. Face it.Tak semua yg kita idamkan kan. Thanks for ur advice Ayeen. Semangat ni nk menulis lg... hehehehe

Mekja berkata...

Hai Sis, sepupu sy 10 thn menunggu zuriat. Alhamdulillah, Jan 2016 dia dikurniakan seorang cahaya mata. Insya Allah, sis juga akan berpeluang bila tiba masanya. Saya doakan yg baik-baik sahaja. Stay strong, keep trying. You will get it, with Allah wills.

Mekja berkata...

Hai Sis, sepupu sy 10 thn menunggu zuriat. Alhamdulillah, Jan 2016 dia dikurniakan seorang cahaya mata. Insya Allah, sis juga akan berpeluang bila tiba masanya. Saya doakan yg baik-baik sahaja. Stay strong, keep trying. You will get it, with Allah wills.