13 Ogos 2015

REZEKI DAN HIKMAH YANG TERSIRAT


Setiap orang ditakdirkan dengan rezeki yang berbeza. Mungkin ada juga yang sama, tapi jarang. 

Contohnya begini :

“Si Tipah dapat anak kembar selepas sebulan berkahwin”
“Si Adi dapat kerja jawatan besar bergaji 5 angka!”
“Si Zaza dapat suami seorang jutawan lagi maha kacak kegilaan gadis”


Ya. Rezeki Tipah, Adi dan Zaza berbeza (nama tersebut adalah rekaan semata-mata). Tapi acapkali hati terusik bila mengenangkan rezeki “zuriat” kepada aku dan suami. Aku bersyukur kerana dikurniakan suami yang penyayang dan banyak menyokong serta menenangkan aku supaya bersabar dan bersangka baik dengan takdir kami. Tuhan maha mendengar dan maha mengetahui.


Aku belajar untuk sabar.

Aku belajar untuk redha.


Terusik hati melihat kawan-kawan berbadan dua, dengan perut memboyot, dengan anak riang gembira dan bergambar di hari raya bersama saling melengkapi semuanya. Aku hanya mampu usap dada tenangkan hati dan bisik sendiri dalam hati supaya bertenang dan positif. Senyum.



Bagi yang senasib dengan aku, bertabahlah. Usaha dan tawakkal. Tuhan ada untuk mendengar rintihan hati kita. Berdoalah dan menangislah semahunya di depan Dia. Mungkin hari ini kita diuji, esok lusa mungkin kita bahagia. Ya, bahagia bersama anak-anak syurga. Senyum lagi dan lagi.

Tiada ulasan: