Berkumpulan ke mana sahaja ke
ceruk dunia - ke cafe - ke tandas - ke surau - ke mana sahaja perlu bersama.
Bunyinya macam seronok, tapi yang pastinya ianya tidaklah seseronok yang
disangka. Kadang aku sendiri perlukan waktu untuk bersendiri. Kadang aku lebih
selesa bersendiri. Dalam erti kata lain, bersendiri di cubicle kerja aku,
bersendiri di library, bersendiri di cafe, bersendiri di dalam surau. Itu dari
persepsi aku. Berbeza pula dari kaca mata manusia lain yang berlegar kadang
memandang sinis pada aku. Kehadiran aku kadang dirasakan janggal bagi
sekumpulan manusia yang berasal dari planet PLUTO barangkali.
Kenapa mereka berpandangan sesama sendiri bila kelibat aku? I'm not a ghost kakak-kakak, makcik-makcik, abang-abang, pakcik-pakcik. I'm a human! Duhhhh... Berbalik kepada cerita asal, setelah aku membuat pemerhatian dan kajian aku dapat rangkumkan beberapa perkara yang dirasakan sangat logik dengan situasi aku hadapi sekarang ni.
Yang
pertama - Aku seorang yang telus membentangkan idea dan berhujah untuk
mempertahankan kebenaran yang seringkali di anggap enteng. Aku seorang yang
teliti, jadi mereka menganggap aku seorang yang rumit dan susah untuk di ajak
berbincang. Begini, aku teliti untuk memastikan kesalahan tidak diulang untuk
kali yang ke 100 seperti kebiasaan dilakukan oleh kakak, abang, makcik dan
pakcik disini (faktor usia dan mekap yang tebal barangkali). Aku bukan susah
untuk di ajak berbincang, tetapi cuba bayangkan ianya begini : Masalah untuk
membaiki bumbung setinggi 30 kaki, tetapi aspek keselamatan pekerja diambil
remeh oleh si technician durjana itu. Aku hanya boleh melihat? No no no. Aku
sangat peka dengan benda remeh sebegitu. Tapi mereka disini dibesarkan dengan
budaya kerja yang asal boleh jeee dimata aku. Mungkin pengalaman mereka belum
mengajar mereka erti sebenar KEBERKATAN HASIL KERJA yang sejati.
Yang kedua
- Aku lebih suka bersendiri di cafe (kadangkala) disebabkan aku mengejar masa.
Masa adalah emas bagi aku, mungkin bagi mereka masa adalah sampah yang perlu
disia-siakan sahaja tanpa perlu dikitar semula supaya menjadi hasil yang
berguna di masa akan datang. Tapi aku tak sekejam yang korang bayangkan, aku
masih lagi bersosial dengan semua yang ada dan aku memang kaya dengan senyuman.
Aku masih boleh bergelak ketawa kalau kena dengan gaya dan masanya. Jangan
expect aku boleh lepak berbual dengan semua orang sampai terlepas dateline.
Clear kan alasan aku tu? Hikhik
Yang
ketiga - Aku sedang dalam usaha untuk membaiki diri yang hina lagi berdosa ini.
Jadi aku perlukan ruang untuk bertafakur di satu alam kepunyaan aku sendiri
tanpa gangguan anasir-anasir suara halus yang lain. Aku hormati setiap
pendirian yang dipegang oleh setiap individu.
Jadi aku berharap, jangan lah ada suara halus dan pandangan mata yang super
pelik tengok aku lebih banyak masa bersendiri. Aku sangat malas nak hadap
budaya makan berlonggok semeja sambil berborak perihal sahabat baik dan jiran
tetangga (perkara yang negatif / positif tapi mostly negatif) dan menghabiskan
sisa makan lebih dari waktu yang ditetapkan. Aku lemas dan rimas. Dan aku juga
sedang memperbaiki diri macam aku katakan di atas tadi. Jujur aku ingin kan
perubahan dalam diri. Aku perlukan sikit masa dan ruang untuk mengubahnya tanpa
mengguriskan mata dan hati orang yang sering memerhatikan tindak tanduk aku di
tempat kerja. Aku sama macam yang lain, aku punya anggota badan yang lebih
besar sedikit sahaja berbanding fizikal manusia benua asia, jangan pelik. Itu
normal. Or memang tak pernah tengok manusia dari benua yang lain? OH MY!!! **tepuk dahi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan