25 Disember 2015

WORDLESS FRIDAY #1


Ada suatu masa kau akan rasa seperti kau mahu rebah berbaring. Bukan itu sahaja, kau juga akan rasa seperti ingin menangis semahunya. Kau juga mungkin akan rasa ingin diam seribu bahasa. Akan tiba masanya, atau mungkin sudah merasainya.

Pada ketika itu, yang kau mahu hanyalah orang yang kau sayang berada dekat dengan kau supaya dapat kau muntahkan semuanya untuk mereka pula hadam setelah jenuh kau tanggung. Untuk apa kita pilih jalan yang menyeksakan? Sampai bila kita harus pilih derita?

Selayaknya kau boleh pilih untuk bahagia. Tuhan maha tahu dan kau maha perlu berusaha. Bagi aku, ini dinamakan penyakit. Penyakit hati yang membawa mati. Pernah kau rasa dunia berputar dan kau pusing? Pernah kau rasa maha dahsyat denyutan di badan? Sudah tiba masanya untuk kau ubah itu semua. 

Tidak perlu lagi kau berpura-pura memakai senyuman untuk mengaburi mata mereka. Sudah cukup berjaya lakonan yang kau mainkan. Cukup dan cukuplah. Cuba satu ketika kau dongak ke langitNya - hirup udara semahunya - senyum dengan seikhlasnya. Pasti kau akan mengerti dan merasai apa yang aku rasa. Mudah bukan merasai bahagia? Indah bukan?

Tiada ulasan: