7 November 2010

KAWAN SAMPAI MATI

Aku menulis bukan kerana nama.Aku menulis kerana naluri hati.Perkataan yang paling aku fobia ialah KAWAN.Ade yang manis macam gula-gula kapas.Ada yang masam macam buah mempelam muda.Ada yang pahit macam hempedu ayam.Aku bukan seorang yang terlalu sempurna untuk menilai kebaikan dan keburukan seseorang.Tapi aku punya hati dan perasaan yang mampu merasa perubahan yang terjadi disekeliling aku.

Manusia ade macam-macam ragam.Rambut kadang-kadang sama hitam dan cantik,tapi hati tak semestinya cantik fizikalnye dan mungkin tak sama isinya.Nampak ranum diluar,tapi busuk didalam.Aku bercakap bukan untuk orang lain,tapi bagi mengingatkan diri aku sendiri bahawa manusia di muka bumi sama sahaja.Yang membezakan kita adalah amalan yang dilakukan.Jadi,jangan la kita bermegah-megah dengan kecantikan yang kita ade ye.Kecantikan biar la cantik di luar dan sama la untuk yang di dalamnya.Jangan la kita mendongak ke langit sampai terlupa kewujudan sang rumput yang cantik di pijak.Jangan la alpa pada kelebihan yang diberi,perbaiki la keburukan diri agar seimbang dan tak senget di sebelahnye.

Aku dah berjumpa dengan pelbagai rupa kawan.Ada yang jadi lawan,dan ada yang jadi kawan.Aku tak harapkan apa-apa,cuma kenali la erti KAWAN.Kawan di masa kita susah,payah dijumpai dan kawan di masa kita gembira bergelimpangan menghimpit kita.Aku taknak kawan di masa susah atau senang sahaja!Aku nak seorang kawan yang mampu berada di sisi aku ketika aku memerlukan bahu untuk menangis dan juga aku nak seorang kawan yang boleh bergelak ketawa sampai ke subuh waktu aku tidak berduka.Aku bersyukur kerana bertemu dengan KAWAN yang mampu aku katakan sempurna untuk dikatakan sebagai KAWAN susah dan senang.Terima kasih kawan-kawan.Aku sayang kamu sampai mati.Tak mampu aku ucap dengan kata-kata.Hanya Tuhan yang mampu membalasnya.






A loyal friend laughs at your jokes when they're not so good, 
and sympathizes with your problems when they're not so bad.

5 ulasan:

azhar berkata...

SAHABAT SEJATI...

Mengingatkanmu ketika kamu berkata 'Aku lupa'
Menunggu selamanya ketika kamu berkata 'Tunggu sebentar'
Tetap tinggal ketika kamu berkata 'Tinggalkan aku sendiri'
Membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan berkata 'Bolehkah saya masuk?'

nama.saya.NANA berkata...

ok...
kata-kata semanis gula2 kapas!

tq azhar...
sahabat sejati,kalo boleh dbeli ikuttimbang kati kt pasar kn senang...

but life ain't dat easy~

erm...
(~.^)V

Tyra Omar berkata...

kawan makan kawan
tp takde sahabat makan sahabat..

Chill~

nama.saya.NANA berkata...

tyra...
aah la...
its not exist!
weee...~

budakkecik berkata...

mmg hepi dlm dunia berkwn nih...mcm ragam yg leh wat kita tersenyum kalau kita ingat blk...apapun dakkecik setuju ngan hasil entry kamu yg ringkas tuh...