Pernah tak kau bukak notification FB?
Lepas tu kau nampak birthday notification kawan kau?
Kawan yang kau tak pernah sentuh sekelumit pun hati dia?
Lepas kau wish dengan ucapan seikhlas hati kau, tiba-tiba dia reply dengan pendek -TQ?
Lepas tu kau terperasan timeline dia takde pun wish yang kau beriya karang tu?
Tapi muncul post lain yang meraikan hari bersejarah dia bertukar status?
Kau rasa?
Sadis.
Kenapa?
1- Kahwin tak dijemput!
2- Lepas kau bahagia (selepas kau derita dulu) kau lupakan orang yang selalu pinjamkan telinga dan bahu ni pada kau dulu.
3- Lepas kau seronok berkawan semula dengan BFF-2 yang pulaukan kau dulu terus kau berubah.
4- Lepas kau dengan sombong nya merahsiakan kerja yang kau dapat di syarikat ternama (dirahsiakan) tu terus kau jadi seorang yang bukan kau yang aku kenal dulu.
5- Lepas kau dengan bangganya bergaya dengan kerjaya kau (yang masa tu agak tinggi darjatnya berbanding aku yang dulu hanyalah kindy teacher) terus kau diam kelu tanpa berita.
Wahai kau yang dulu.
Wahai kau yang susah suatu masa dulu.
Wahai kau yang selalu menangis bercerita dengan aku.
Terima kasih.
2 ulasan:
hai... salam kenal
sekali air bah, sekali pantai berubah kawan... ;)
Hi awak. Salam perkenalan juga :D
Catat Ulasan