OAKLAND, California – Seorang moyang berumur 94 tahun, Hazel Soares (gambar) menerima ijazah sarjana muda sastera dalam pengajian sejarah dengan kepujian di Kolej Mills yang dikhaskan untuk pelajar wanita di sini kelmarin.
“Memperoleh ijazah itu melibatkan tempoh yang lama kerana saya menjalani kehidupan yang sibuk. Pada akhirnya saya berjaya memperolehinya dan saya berasa amat gembira,” katanya.
Wanita itu mempunyai enam anak dan lebih 40 cucu dan cicit. Dilahirkan di Richmond, California pada 1915, Soares pada mulanya berhasrat untuk belajar di sebuah kolej selepas tamat pengajian di Sekolah Tinggi Roosevelt pada 1932. Namun, hasratnya semasa muda itu gagal menjadi realiti kerana Amerika Syarikat dilanda Zaman Kemelesetan Besar.
“Saya tidak pernah hilang keinginan untuk belajar,” kata wanita itu.
Soares berkahwin selama dua kali dan membesarkan enam anaknya dan pernah bekerja sebagai seorang jururawat serta penganjur majlis sebelum bersara. Pada majlis itu, dia turut diberikan ucapan tahniah oleh Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi.
Soares dipercayai pelajar kedua tertua di dunia mendapat ijazah selepas seorang lagi wanita, Nola Ochs dari Kansas, Amerika Syarikat (AS) menamatkan pengajian di Universiti Fort Hays tiga tahun lalu semasa berumur 95 tahun. – AP
* Moral of d story *
Usia bkn satu titik noktah tuk mengecapi kejayaan.
Jgn mdh mngalah kalo trkandas, bangkit n berjalan la, jgn ditoleh ke belakang! Move forward!
: XOXO :
4 ulasan:
yeargh belaja reajin2.. :) (ko tukar layout blog ek)
ye la apiz...apsal?x cntik ek?
lawa ja.. :)
huhuhu...tp lg lawa blog org 2...jeles neh! ;p
Catat Ulasan