29 Ogos 2010

HARGA SEBUAH APARTMENT!





Gila mahal nie!

Sape-sape ade plan nak grab suami jutawan?
Leh la korang borong beli apartment ni ok!



DUBAI – Bangunan tertinggi dunia, Burj Dubai akan dibuka secara rasmi pada Isnin ini tetapi seorang pembeli apartmen di bangunan itu berharap dia tidak akan mengalami kerugian berikutan harga hartanah yang menjunam.

Seorang ahli perniagaan Palestin yang namanya tidak didedahkan berkata, dia membeli sebuah apartmen satu bilik tidur di bangunan tersebut pada harga AS$3 juta (RM10.27 juta) pada 2008.

“Ekoran penurunan harga (hartanah), kerugian saya akan meningkat,” katanya.

Harga hartanah di Dubai telah jatuh lebih 50 peratus sejak tahun lalu berikutan kemelesetan ekonomi. Syarikat Emaar, pemilik bangunan itu enggan mendedahkan ketinggian sebenarnya. Ia cuma menyatakan ketinggianya melebihi 800 meter sekali gus mengatasi bangunan Taipei 101 yang setinggi 508 meter.

Bangunan itu dibina oleh syarikat Samsung Engineering & Construction, Kumpulan BESIX dari Belgium dan Arabtec dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Bangunan 160 tingkat itu boleh dilihat dari kedudukan sejauh 95 kilometer.

Ia mengandungi 57 buah lif untuk digunakan bagi membawa penghuni ke 1,044 apartmen selain terdapat ruang pejabat dan sebuah hotel.



28 Ogos 2010

MENU BERBUKA?

ari ni ape menu berbuka korang?
aku berbuka dengan menu yang sgt simple jek ari ni...
maklum la...
orang bujang...

kalo kt rumah bleh la nk demand macam-macam...
kat sni x boleh nk makan macam-macam...
kne berjimat di bulan puasa...

so,aku decide nk masak :

1- sambal telur
2- ayam goreng berempah
3- sayur campur

ok,aku rasa menu tu dh cukup tuk smpai ke sahur...
bkn malas,tp ala kadar jek...
huhuhu....

27 Ogos 2010

EDISI TERHAD

sedar tak sedar,dh hmpir sebulan ramadhan menjengah.tapi rasa mcm sekejap sangat.ramadhan kali ni sangat banyak bg hikmah bagi aku,secara peribadinya la.macam-macam yang berlaku.ade yang sedih dan ade yang gembira.

mungkin ade hikmah yang tersirat dari Illahi kepada umat yang lemah seperti aku.tapi,aku bersyukur,setiap yang aku harungi ini banyak memantapkan ketahanan mental dan fizikal aku.

sebenarnya,banyak yang aku nak post.tapi ape kan daya,aku x mampu nak psg tenet kt bilik ni lagi.tapi,skang baru aku berkemampuan.jadi,aku akan berusaha tuk post setiap story yang aku alami.mungkin leh dijadikan pengajaran bagi semua.mana yang baik,eloklah dikongsikan,tapi mana yang buruk silalah dijadikan pengajaran dan iktibar.

sempena bulan ramadhan yang mulia dan barakah ini,sama-sama la kite hayatinye.selamat menjalani ibadah puasa!