12 Disember 2015

I’M NOT GOOD IN THAT #PART1

Sangat bohong kalau kau cakap kau tahu semua setiap inci perkara, setiap kejadian, setiap proses, setiap resipi, setiap ilmu. Pentipu sangat! Paling aku susah nak terima, kau boleh ramal setiap perkara yang bakal berlaku pada orang lain. Kau siapa yang boleh meramal dan menentukan segala perkara? Kau bukan tuhan! Tolong ambil cermin dan perhatikan diri kau sendiri. 



Aku paling emosional kalau ada yang bajet dia tuhan sekalian alam sedangkan dia cuma manusia yang diciptakan tuhan untuk menyembahNya. Kenapa kau perlu menipu orang lain disekeliling kau? Perlu menipu untuk disanjung? Supaya semua tahu yang kau maha hebat yang tahu semua perkara? Kau suka? Aku pasti kau akan suka bila orang memuji kehebatan kau bukan? 

Sebenarnya tak susah untuk mengakui yang kita tak arif dalam beberapa perkara. Itu perkara normal bagi seorang manusia. Kita bukan malaikat, kita bukan nabi – kita tak diajar untuk menuduh dan memperlekehkan orang lain. Aku jelek tengok kau memandang orang lain sambil mencebik, dalam erti kata lain kau memperlekehkan kebolehan orang lain. Bagi kau, orang lain adalah ibarat asam dan garam yang masin dan masam. Kau pula ibarat madu yang hanya manis! Palsu sungguh pujian kau pada orang lain yang selayaknya dipuji. Tapi kau lain. Dan sangat lain.

Apa yang kau cari sebenarnya? Menyalahkan orang itu suatu yang menyeronokkan? Memalukan orang itu suatu yang melucukan? Ermmmm… Sigh



Aku memang tak bijak dalam menguruskan marah suatu masa dulu. I’m really not good in that. How to control? When to control? Semua berlegar di kepala. Faktor usia dan kerjaya menjadikan aku yang sekarang. Aku belajar cara untuk meredakan kemarahan aku dengan menulis dan memerhati. Tapi ada masanya meletus juga gunung berapi barang sekali dua. Ibarat bom jangka juga mood aku ni. Hahahaha

Mungkin aku perlu belajar untuk bertahan, bersabar dan bertabah. Mungkin itu yang terbaik untuk yang seusia aku kini. InsyaAllah…

Tiada ulasan: