"Aku suka betul awek yang comel muka bersih"
"Tengok perempuan tu! Bapak lah gemuknya, memang tak dipinang lah kan!"
"I tak suka lelaki melayu yang pendek, hitam and tak pandai bersosial ni. Really not me!"
Kau rasa?
Bagi aku kecantikan ni adalah sangat subjektif. Tapi, tindakan kau memperlekehkan kejadian Maha Pencipta sangatlah tidak boleh diterima. Kenapa? Sebab manusia adalah sebaik-baik kejadian yang telah dicipta olehNya. Selain itu, kejadian manusia adalah suatu kejadian yang indah dan maha hebat. Jangan kerana rupa dan keadaan fizikal seseorang, kau enak berkata-kata tanpa memikirkan yang sebenarnya kau memperkecilkan kehebatan Tuhanmu.
Benar kata pujangga, lidah tidak bertulang tapi bisa lebih tajam daripada pedang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan