22 November 2010

TIME IS TIME

Time sits
Time stands
Time is time.

Time craws
Time walks
Time is time.

Time runs
Time flies
Time is time.

Time changes
Time stands-still
Time is time.

Time goes forward
Time goes backward
Time is time, it is time.

18 November 2010

ANEH TAPI BENAR

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
En Din : Monster!!!
Cik Shima : Mana die?
En Din : Tu...!
Cik Shima : Waaaa...
Aku : Ape pandang-pandang?
En Din  : Kesian...? Macam 10 taun tak makan!
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 


Ishhh...Monster ye En Din! Siap la...Bapak aku memang macam tu. Perut dia yang macam mak buyong tak de pulak die kesah kan? Ari-ari push aku suh wat excercise. Aku?Ahhh...makhluk a.k.a monster yang sangat la rajin.

En Din, kalo kat Shah Alam hari-hari saya kene panjat tangga Batu Caves tu tau! Senaman jugak tu...tapi kan,kaki saya je ade muscle! Percaya? Baek la...Mulai sekarang, saya kene la rajin bersenam. En Din salu kecoh-kecoh, “Nanti nak kawen, runtuh pelamin. Nanti nak kawen, baju takde saiz!”...Ok...Melopong je la.

Tapi, aku biasa je. Nak kata gemuk,idak. Aku yang kata la, korang aku tak tau la. Sume ni bahana aku stop bersukan! Yeaaa...Dulu memang la aku aktif tahap karma, once aku stop terus jd mcm monster. Kenapa eh? Cik Shima cakap aku pemalas. Rumah kat Shah Alam tu dekat je ngan tasek, tapi aku hanya pandang je ngan sebelah mata. Kalo ade pn,sekadar cuci mata.Rugi woo tak cuci mata. Aisshhh...Bile la nk berubah jd mcm Beyonce?Mariah Carey? Angan-angan memang tinggi,usaha nye macam kentut je.Toouuuuttt...

Tapi bile difikirkan, sampai bile nak dibiarkan badan jd chubby tanpa hala tuju? Muscle sana sini. Cik Shima penah berpesan, “Tengok cermin, belek...cuit...cantik ke tak?”...”Nanti, takde sapa nak masuk meminang! Jadi la andartu terlampau!”...Ok...Kena lagi, tapi kali ni ngan bini En Din pulak. Pakatan ke? Oh snap...

Bile dikenangkan ayat-ayat berbaur sindiran tu, baru aku rasa sesuatu. Sesuatu yang sangat halus. Sangat panas. Sangat syahdu, bukan syahwat!I need to do something. Not too late to change it before it become worst kan? Errmmm...



p/s : en din dan cik shima...
thanks sebab memahami diri anak kamu yang degil lagi comot ini. 
tanpa kalian, tiadalah monster ini di dunia. 
cik shima, bleh tolong tak? tolong jangan masak sedap-sedap. 
anak kamu fobia! tuk adik-adik, aku pelik kenapa korang sume slim. 
genetik sape aku bawak ni? mencari konklusi...

17 November 2010

SAYA KACAK

selamat di korbankan!
selamat hari raya korban!
hayati lah erti pengorbanan!
sila abaikan mata beliau yg jelita itu...
godaan semata-mata!

http://www.emocutez.com


10 November 2010

IDAMAN KALBU

Owh...Perasaan macam sudah berkerjaya sedang meluap-luap.Perasaan macam ibu-ibu pun sedang melonjak-lonjak. Angan-angan tinggi.Bahana dari cite Gossip Girl la ni!Tapi aku lebih gedik kepada decoration or interior design rumah diorang yg elit 2 je.Rasa macam nk je beli rumah skarang!Tak sabar nk wat sesi deco kuasa 3!

Sebenarnya aku dalam usaha untuk mengumpulkan data-data tuk thesis aku.Bersangkut paut dengan “Green Building” yang macam pisang goreng panas.Aku fokus pada facade design of the building : thermal performance and visual performance.Bagi sape-sape yang ade info,share la dengan aku ye!Sharing is caring kn?Weeeee...

Dalam menjayakan usaha mengumpulkan data tu,aku pun dengan giatnye meronda-ronda kt Google.Tetiba terjumpa satu home design yang aku suka tahap karma.Swedish Design: North Home Street Flat in Linnestaden.Actually,bngunan tu dibina tahun 1930-an.Agak lame kn?Tapi sweet...classic!Tuk tau lebih detail,usha la dat page!












Amacam?Cantik kn?Teruja dah nk kije!

9 November 2010

MENCARI ERTI SEBUAH PERKAHWINAN

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.
Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.
Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.
Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."
Berkahwin Kerana Ibadah
Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.
Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.
Kerna itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.
Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.
Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.
Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah SAW. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku".
Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas.
Perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.
Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga.
Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.
Cinta Dan Kasih Sayang
Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.
Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.
Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap baitul muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.
Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerna firtah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ar-Rum:30 :
"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."
Tarbiyah Dan Pendidikan
Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali.
Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa.
Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga.
Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.
Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung Al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya.
Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan iman dan akhlak anak-anak mereka.
Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang.
Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 34 bermaksud:
"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan). Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.
Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.
Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali.
Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak.
Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri.
Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.
Ibu Bapa Mithali
Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.
Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.
Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan Al-Quran yang betul.
Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah SAW.
Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.
Keindahan perkahwinan Baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.
Kehadiran putera dan puteri serta cucu Baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.
Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.
Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.
Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan.
Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.
Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.
Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan iman.

aku grab from : i luv islam
jodoh datang dr Tuhan. 
aku hanya menunggu tanpa rasa jemu. 
usaha yang terbaik dan tawakkal.
andai die jodoh terbaik untukku, aku pasrah dengan ketentuanNya.

p/s : berangan setinggi gunung, belajar pun belum khatam la! 
http://www.emocutez.com

7 November 2010

KAWAN SAMPAI MATI

Aku menulis bukan kerana nama.Aku menulis kerana naluri hati.Perkataan yang paling aku fobia ialah KAWAN.Ade yang manis macam gula-gula kapas.Ada yang masam macam buah mempelam muda.Ada yang pahit macam hempedu ayam.Aku bukan seorang yang terlalu sempurna untuk menilai kebaikan dan keburukan seseorang.Tapi aku punya hati dan perasaan yang mampu merasa perubahan yang terjadi disekeliling aku.

Manusia ade macam-macam ragam.Rambut kadang-kadang sama hitam dan cantik,tapi hati tak semestinya cantik fizikalnye dan mungkin tak sama isinya.Nampak ranum diluar,tapi busuk didalam.Aku bercakap bukan untuk orang lain,tapi bagi mengingatkan diri aku sendiri bahawa manusia di muka bumi sama sahaja.Yang membezakan kita adalah amalan yang dilakukan.Jadi,jangan la kita bermegah-megah dengan kecantikan yang kita ade ye.Kecantikan biar la cantik di luar dan sama la untuk yang di dalamnya.Jangan la kita mendongak ke langit sampai terlupa kewujudan sang rumput yang cantik di pijak.Jangan la alpa pada kelebihan yang diberi,perbaiki la keburukan diri agar seimbang dan tak senget di sebelahnye.

Aku dah berjumpa dengan pelbagai rupa kawan.Ada yang jadi lawan,dan ada yang jadi kawan.Aku tak harapkan apa-apa,cuma kenali la erti KAWAN.Kawan di masa kita susah,payah dijumpai dan kawan di masa kita gembira bergelimpangan menghimpit kita.Aku taknak kawan di masa susah atau senang sahaja!Aku nak seorang kawan yang mampu berada di sisi aku ketika aku memerlukan bahu untuk menangis dan juga aku nak seorang kawan yang boleh bergelak ketawa sampai ke subuh waktu aku tidak berduka.Aku bersyukur kerana bertemu dengan KAWAN yang mampu aku katakan sempurna untuk dikatakan sebagai KAWAN susah dan senang.Terima kasih kawan-kawan.Aku sayang kamu sampai mati.Tak mampu aku ucap dengan kata-kata.Hanya Tuhan yang mampu membalasnya.






A loyal friend laughs at your jokes when they're not so good, 
and sympathizes with your problems when they're not so bad.

HATI GUNDAH GULANA

Aku baru pasan la!
Bnyak kot komen aku keciciran entah ke mana!
Aku ade gune intense debate commentor.
Tapi aku tkar kembali normal mode comment.

Ok.
Aku baru teringat pesanan ringkas penaja.
Makne kata ---> HILANG snang ckp automatically gone...

Pasrah je la kn.
Even agak frust!
Rs mcm nk gigit2 je mouse!





BERHABUK

Salam 1 Malaysia!
Hari ahad yang indah!

Rasa macam dah berabad tahun aku tak update blog...
Memang banyak reason yang buat aku jadi huru hara smpai takde masa nak berblog...
So,sekarang...I'M FREE!

Yeaayyy...
EXAM dengan rasminye telah ditamatkan SEMALAM [6.11.2010]
So,my blog is activated back as a normal!

Ok,have a nice weekend yaaaa...!

Smiling is infectious
You can catch it like the flu
Someone smiled at me today
And I started smiling too

APE PERASAAN KORANG?

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60

tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.


Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi….



si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.


Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita….



si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….


si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang…bla bla bla bla……


Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk




si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?
si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…
si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA…. UWAAAAAA



Moral of the story….jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.