7 Januari 2011

KERENAH MEREKA

Kerenah!

Berdepan dengan kanak-kanak berusia 22 tahun sangat mematangkan dan membuat aku menjadi gila.Ye,kadang-kadang.Sangat menguji keimanan dan kekuatan mental dan fizikal.Rapuh hingga meruntun jiwa.Ye,kadang-kadang.SAHAJA.


Tapi aku bersyukur,sebab dikurniakan akal fikiran yang matang dan ranum sepenuhnya.Aku masih mampu berdiri di alam yang nyata walaupun kadang-kadang aku di bawa bersama dunia ciptaan mereka yang bernama KANAK-KANAK 22 TAHUN!

Errrmmm!

Senyum.Masih mampu tersenyum.Hati ade luka,tapi jiwa ade kanji yang boleh jadi kental.Sangat terhibur dengan kerenah dan keletah kanak-kanak ini.Bertubuh gagah dan sempurna,tapi perangai masih bertuankan kanak-kanak.Tanpa mereka,sunyi sepi rasenye kelas.Ouhhh,aku masih di bangku sekolah tua.Umur makin berganjak ke angka dua puluh enam,tapi masih hingusan.Masih bersengkang mata dengan buku,kertas,cermin mata setebal kuku!Masih mampu ke tuk teruskan ke tangga seterusnya?InsyaAllah...dengan keberadaan kanak-kanak ini,aku rasa aku mampu tuk menyahut seruan dan cabaran yang kunjung tiba singgah!

Suka duka bersama kanak-kanak 22 tahun takkan pernah ade tarikh luput!Walaupun berkulat aku masih mahu simpan – TAPAI!

TAPAI – busuk tapi sedap!ade manis.ade masam.


Just the way you are!

4 ulasan:

fzikuz berkata...

kanak2 22 taun? hak3.. bsar mne lh knak2 tu kn.. ^^
slamat berhujung minggu..

Opah Vogue berkata...

weee...
bsar sket la dr bdk 17thn...
have a nice day!
^_^

Sophie Al-Yahya berkata...

haaa?
besarnya kanak2 tu..lecturer ke ape nie..huhu..

ayienchan berkata...

22 tahun ?kanak kanak ke?tettt ;P